Patience

Tahun 2020 tahun tak best. Tahun penuh ke-tak-best-an. Tahun kurang duit; tahun banyak sakit; tahun tak best. Kalau masa kecik dulu aku nampak dunia tahun 2020 penuh dengan hover-board, kereta terbang, dan semua orang akan ada detik slo-mo Lee Majors 6 Million Dollar man. Tapi realiti dunia tahun 2020 penuh dengan kematian, kucar-kacir demokrasi dunia, pengkhianatan politik tempatan dan detik asyik lupa pakai litup muka … Continue reading Patience

Hikayat Halimunan Abad Ke21: Jejak Tanah

Jika dihitung yang lama dan yang baru, apa yang terlahir? Ia mungkin album sulung Monoloque bertajuk: Hikayat Halimunan Abad Ke21: Jejak Tanah. Ia padat dengan kesinambungan di antara kehalusan yang silam dan kegarangan yang terkini. Zahirnya ia Rock, tetapi Rock yang diserasikan dengan seni muzik lama; dan ia mekar sebagai sesuatu yang segar. Tiga ahli Monoloque adalah dari kugiran Butterfingers yang sudah tidak aktif sejak … Continue reading Hikayat Halimunan Abad Ke21: Jejak Tanah

Centralismo

  CENTRALISMO, adalah tajuk album pertama kugiran eklektik dari Jakarta bernama SORE yang diterbit oleh Aksara Records pada tahun 2005. Ia sempena lokasi tengah-tengah Jakarta di mana ahli-ahli kumpulan tersebut membesar. Di situ mereka meresapi segala acukan bunyi-bunyi muzik dari dang-dut ke pop ke jazz ke rock, untuk melahirkan ia iaitu SORE, perangkap samar perasaan dan nahu cinta muzikalismo. Susah untuk diberi label atau kategori … Continue reading Centralismo

The Mix-Up

The mix up boleh difahamkan sebagai: ‘yang-tersilap’ atau ‘campur-aduk’. Ya, abum ini boleh ditafsir sebagai ‘yang-tersilap’ kerana ia memang bukan karya yang kita sangka akan dihasilkan oleh band hip-hop ini. Ia hampir-hampir album free-jazz dengan unsur-unsur funk dan R&B; langsung tidak rap! Irama dan bunyi-bunyian telah diuli dan dicanai dan ditumbuk dan dikacau-kacau oleh 3 chef hip-hop ini, dan ditambah pula bawang potong, dan pukulan … Continue reading The Mix-Up

summerteeth

Album Summerteeth oleh Wilco (salah satu dari gergasi indie rock dari USA) adalah karya yang menyuluh cahaya pada sudut-sudut gelap sebuah hati yang sunyi dan hampa dengan cinta. Apakah bunyi yang bergema apabila cinta itu mula pudar? Apakah ledakkan batin seseorang yang melalui perpisahan? Apakah yang terjadi kepada isi hati yang kehilangan kasih sayang? Ilham ini terserlah di lagu-lagu seperti ‘We’re just friends’, ‘How to … Continue reading summerteeth

Bleach

Apa itu album Bleach? Bagi aku ia kerja. Kerja buntu. Kerja yang kau benci. Kerja yang mengsyorkan wang untuk hidup, tanpa memberi apa-apa ilham untuk hidup. Ia Cinta kubik empat-segi di antara dua jantina yang sudah berpetak-petak dengan unsur hidup binary. Cinta yang luas dengan nafsu, tapi hauskan ketulusan hati manusia berdarah daging. Ia ruang urban tingkat 12 di bangunan yang berlobangkan hidup kerabat semut … Continue reading Bleach

Uplifter

311 – Uplifter Album TigaSebelas yang ke sembilan – Uplifter – dianjak ke atas, keluar dari sarang studio selang 4 tahun dan siap siaga bulan lepas di musim panas 2009. Dari atas ke bawah, balapan satu ke dua belas, mungkin antara yang terbaik pernah direkodkan, kualiti menyeluruh terbaek setakat ini dari 311 dan Bob Rock. Dalam hati aku, sedap dari Evolver dan dapat balik sikit … Continue reading Uplifter

In Rainbows

Cahaya merekah. Dari 1 warna ke 3 warna ke 7 warna. Angka gamat membawa kemelut gegendang telinga. Dalam Pelangi kita mencari usul irama keluhan abad baru. Radiohead. Nama peneroka alam batin digital/analog. Greenwood dengan kemaruk bunyi genting guitarnya dan Thom Yorke dengan ole-ole binarynya. Bunyi segala bunyi era 90-an, 80-an, 70-an, merekah dari 1 bunyi ke 3 bunyi  ke 7 bunyi. Dalam Pelangi Radiohead meraih … Continue reading In Rainbows