Uplifter

311uplifter311 – Uplifter

Album TigaSebelas yang ke sembilan – Uplifter – dianjak ke atas, keluar dari sarang studio selang 4 tahun dan siap siaga bulan lepas di musim panas 2009.

Dari atas ke bawah, balapan satu ke dua belas, mungkin antara yang terbaik pernah direkodkan, kualiti menyeluruh terbaek setakat ini dari 311 dan Bob Rock. Dalam hati aku, sedap dari Evolver dan dapat balik sikit rasa lama. Sewajarnya Rock menekan punat berat 3-1-1 walaupun mungkin bukan pemuat sesuai untuk musik begini. Namun dia lebih pelbagai dalam terbitannya ini.

311 dan kerja tampal cantum rock, rap dan reggae lagu-lagunya masih berdentum genap dan bulat tagihannya. Mereka juga mungkin tak mahu memukul sampul, cuma mahu santai dalam zon selesa tanda nada 311 (namun zon ini tetap zon yang hebat) dan enggan mengisar penemuan baru – cheh, serdak 311 memang terasa padu dan mereka tetap mahu datang original!

Kebanyakan bunyi adalah macam biasa, baru dan segar dengan lirik lagu yang macam biasa, banyak makna dan mesti ada dua ke tiga yang boleh dikaitkan dengan kita. Pop asli 311, nyata “Too Much Too Fast”, yang berotot, macam “Mix It Up” dan “Never Ending Summer”, yang funk “Jackpot”, “Hey You” terasa manis senada dengan “Dont Tread On Me” lagu lama, dan “Two Drops In The Ocean” seolah-olah olahan “I Just Called to Say I Love You” oleh Stevie Wonder.

Kesepakatan yang satu oleh P-Nut yang nampak lebih sihat, Tim Mahoney juga nampak serasi, Nick Hexum dan SA Martinez nampak lebih sawai, lebih harmoni dan Chad Sexton tetap tepat dan rangup – Uniti!

Mungkin tak adil bila aku cerita, album ini rasa macam biasa, macam pernah dengar lagu dan iramanya. Cuba pasang 311 tak kira album mana pasal biasanya, bila berkumandang di udara, terasa istimewa.

3 thoughts on “Uplifter

  1. Bro,

    Tiga-Sebelas RULEZ! Tapi saja aku nak tanya, apa di sebalik:

    “…banyak makna dan mesti ada dua ke tiga yang boleh dikaitkan dengan kita.”

Leave a comment